Search This Blog

Monday, July 26, 2010

Koleksi Akhbar: RUGI JIKA LANGKAWI DIABAI

 Extract from "Forum Utusan Malaysia"
13 Mac 2010 Written by Cucu Mahsuri

BARU-BARU ini saya berkunjung ke Pulau Phuket, Thailand dengan tujuan untuk bercuti bersama isteri dan anak-anak. Ini merupakan lawatan kedua saya ke pulau peranginan itu. Kali pertama ketika dibawa oleh keluarga 13 tahun lalu. Ketika itu saya membandingkan Pulau Phuket dengan Pulau Langkawi tidak banyak bezanya. Malahan dalam beberapa aspek Pulau Langkawi mendahului Pulau Phuket dalam kemajuan dan keunikan produk pelancongannya.

Namun begitu, pada hari ini Pulau Phuket umpama intan belian kepada negara Thailand. Pembangunan prasarana dan produk pelancongannya amat menarik sekali. Kebersihan dan keindahannya telah meninggalkan jauh Pulau Langkawi di belakang. Dengan pembangunan disusun rapi, ramai pelabur dalam dan luar negara membuka pelbagai perniagaan berasaskan pelancongan dan hospitaliti di sana.

Pelancong luar terutamanya Eropah dan Asia Timur berduyun-duyun ke sana. Satu-satu tempat kadangkala kelihatan penduduk tempatan seakan minoriti malah jika di restoran saya terasa seperti berada di negara Eropah kerana bilangan mereka mendominasi.

Kehadiran begitu ramai pelancong telah menyumbang kepada pendapatan penduduk setempat dan juga hasil kepada negara gajah putih itu. Sesekali perasaan iri hati dan cemburu terlintas di hati saya melihat kepada keadaan Pulau Phuket pada hari ini.

Kenapa Pulau Langkawi tidak seperti itu? Apa kurangnya pulau kita ini? Baru-baru ini satu kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyatakan kerajaan negeri Kedah telah gagal mempromosi Langkawi sebagai pusat pelancongan terbaik di Malaysia amat tepat dan kena pada masanya.

Kenyataan tersebut berdasarkan fakta bahawa jumlah pelancong ke Langkawi semakin hari semakin berkurangan. Malah saya melihat industri pelancongan di Langkawi pada ketika ini hanya disokong oleh pelancong domestik sahaja, yang datang pada musim cuti sekolah atau cuti-cuti perayaan.

Sudah pasti tempat yang dituju hanya kedai-kedai coklat dan pinggan mangkuk sahaja. Apalah sangat tempiasnya kepada kemakmuran penduduk tempatan mahupun kepada negara jika dibandingkan perbelanjaan yang akan dibuat oleh pelancong asing terutamanya Eropah, sudah tentu ia berlipat kali ganda.

Saya terpaksa akui bahawa kegemilangan Langkawi sebagai pulau peranginan antarabangsa semakin lenyap di peta ejen-ejen pelancongan antarabangsa. Persaraan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri turut mengakibatkan Langkawi ‘dibersarakan’ juga.

Namun begitu, masih ada harapan dan doa agar kerajaan negeri dan Persekutuan tidak melupakan Langkawi sebagai intan belian Malaysia, malah kerajaan Kedah menggelarkan Langkawi sebagai Permata Kedah. Jika benar ia permata, maka tunjukkan bukti dan komitmen yang jitu agar permata ini terus bersinar dan mampu memberi cahaya kepada penduduk dam negara.

Dalam memberi nafas baru kepada Langkawi, saya sebagai anak tempatan ingin memberi beberapa cadangan realistik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Pertama, bina hospital pakar swasta yang serba lengkap di Langkawi. Buat masa ini tiada hospital pakar swasta wujud di pulau peranginan ini. Ia bertujuan menggalakkan ‘pelancongan kesihatan’ seperti mana dilaksanakan di Singapura dan Thailand yang telah memberi pendapatan lumayan kepada negara.

Kedua, kerajaan mesti mewujudkan produk baru pelancongan dalam usaha menarik perhatian dan keghairahan pelancong untuk datang. Contoh produk baru ialah taman tema seakan Disneyland, ladang buah-buahan tropika, pulau joran yang dikhaskan untuk aktiviti memancing, akuarium dasar laut, kereta Api mengelilingi Langkawi dan Eye of Langkawi.

Ketiga, modenkan prasarana dan kemudahan di situ terutamanya jalan raya dan perkhidmatan feri. Selain itu jaringan pengangkutan awam seperti teksi dan kereta sewa dipertingkatkan dan mengelak diskriminasi harga ketika musim tertentu yang secara langsung menganiaya pelancong yang datang.

Keempat, majukan sektor perikanan yang berpotensi tinggi di perairan negara kita. Selama ini hasil laut kita banyak dikaut oleh nelayan asing seperti Thailand dan Indonesia yang menceroboh masuk secara haram. Jika aktiviti perikanan maju, ia boleh mewujudkan pelbagai produk hiliran yang lain dan secara tidak langsung menarik minat orang luar untuk melihat hasil produk perikanan kita.

Kelima, kerajaan hendaklah memberi galakan kepada pihak swasta dalam memajukan hartanah di Langkawi. Ketika ini amat sukar mendapatkan ejen hartanah di Langkawi berbanding di Phuket yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Agensi hartanah boleh berperanan melariskan hartanah sama ada disewa atau dijual dan kemudian merangsang syarikat pembinaan melabur hartanah bernilai tinggi di Langkawi.
Saya berharap kita dapat belajar sesuatu daripada negara jiran dalam memajukan industri pelancongan mereka yang memberi hasil amat lumayan.

Allah SWT telah menganugerahkan sebuah pulau yang cantik kepada Malaysia, jadi sebagai hambaNya sama-sama kita makmurkan anugerah ini.

Kembalikan kegemilangan Langkawi sebagai pulau pelancongan yang tersohor suatu ketika dulu demi kemakmuran dan kesejahteraan 1Malaysia.

Cucu Mahsuri
Kampung Air Hangat
Langkawi

Koleksi Akhbar: Apa sudah jadi dengan Langkawi?

Extract from "Forum Utusan Malaysia" 9.06.2009
Written by Cucu Mahsuri



AWAL Julai lalu, saya pulang ke kampung halaman saya di Pulau Langkawi, setelah hampir lapan bulan saya tidak pulang kerana kesibukan tugas dan sebagainya. Sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, fikiran saya terbayang akan perubahan yang mungkin berlaku dalam tempoh lapan bulan sebelum ini, baik dari segi infrastruktur, program pelancongan, kedatangan pelancong dan juga tempat menarik yang baru dibina.

Dari udara, pemandangan Pulau Langkawi amat menakjubkan dengan Laut Andaman terbentang luas, pulau-pulau berselerakan dan kebiruan laut yang terpesona mata memandang. Saya berasa beruntung kerana dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Langkawi yang indah ini. Tidak semua orang berpeluang merasai kehidupan di sebuah pulau yang dikatakan antara pulau tercantik di dunia yang dianugerahkan kepada Malaysia.

Namun begitu, setibanya saya di Kuah, tiba-tiba hati saya tersentak apabila mendapati projek pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Kuah yang panjangnya tidak sampai 30 meter masih dalam pembinaan. Seingat saya, projek berkenaan bermula dari akhir tahun 2007 lagi tetapi sampai hari ini, masih belum siap. Sudahlah tidak siap, tiada langsung saya dapati kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan oleh pekerja di tapak tersebut. Dengan kata lain, saya beranggapan ia salah satu 'projek sakit' yang ada di Pulau Langkawi.
Apa yang bermain di fikiran saya ialah kenapa pihak berkaitan terutamanya Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tidak mengambil langkah sepatutnya dalam usaha menyiapkan projek berkenaan. Tidak nampakkah pihak Lada bahawa anda telah menyusahkan orang awam yang terpaksa melencong masuk ke pekan Kuah sebelum boleh meneruskan perjalanan ke jeti atau ke Padang Matsirat. Ini sedikit sebanyak telah menyumbang kesesakan kenderaan dan keselamatan pejalan kaki terutamanya para pelancong yang ingin membeli-belah di kawasan pekan Kuah.

Selain itu, apabila jalan tersebut dilencongkan maka pemandu kenderaan terpaksa menggunakan jalan alternatif lain seperti Jalan Penarak yang lebih sempit berbanding jalan utama itu. Sedar atau tidak, ia telah menyumbang kepada peningkatan bilangan kemalangan di jalan tersebut kerana pertambahan kenderaan terutamanya penunggang motosikal yang tiada pilihan lain.

Menjelang 1 hingga 5 Disember 2009 nanti, Pulau Langkawi akan dibanjiri oleh pelancong sama ada dalam negeri atau luar negara kerana penganjuran LIMA 09. Ketika itu bilangan kenderaan bertambah berkali ganda. Sekiranya projek pembinaan jambatan itu masih tidak siap ketika LIMA 09 berlangsung nanti, sedikit sebanyak ia akan memberi imej yang kurang baik oleh pelancong kerana infrastruktur jalan raya di Pulau Langkawi tidak sempurna malah terbengkalai pula. Namun bagi saya, imej adalah perkara kedua tetapi apa yang lebih penting ketika ini ialah keselesaan penduduk terhadap kemudahan jalan raya yang lebih sempurna dan selamat.

Penduduk berhak mendapat kemudahan infrastruktur awam yang terbaik kerana mereka telah membayar cukai kepada kerajaan dan tanggungjawab kerajaan pula untuk melaksanakan amanah yang diberi oleh penduduk selaras dengan konsep 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. Cadangan saya kepada LADA, sekiranya kontraktor yang diamanahkan itu telah cabut lari maka pihak berkenaan boleh menawarkan tender semula kepada syarikat yang layak untuk menyiapkannya. Projek yang belum siap semestinya masih mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi kerana ia dibayar berdasarkan peratus siap projek.
Seandainya projek itu telah dibayar sepenuhnya sedangkan cuma tiang-tiang konkrit sahaja kelihatan ketika ini, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara janganlah tunggu sehingga pegawai terbabit pula cabut lari. Siasatan mesti dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kelewatan menyiapkan projek 'mega' tersebut kerana saya sebagai penduduk di pulau ini sudah tidak sabar dengan keadaan yang dilalui ketika ini apatah lagi penduduk yang tinggal dan bekerja di sini.

Esok saya akan meninggalkan Pulau Langkawi dan kembali bertugas semula seperti biasa di Borneo. Walaupun diri saya tiada di sini, namun hati saya tetap berada di pulau tercinta ini. Walaupun saya hanyalah pegawai kerajaan dan bukan ahli politik mahupun Pengurus Besar LADA, tetapi sekiranya masalah ini menyebabkan kesusahan kepada penduduk di Pulau Langkawi, maka hati saya akan terpanggil untuk menyatakan hak dan kebenaran.

Kepada LADA, mohon disiapkan projek ini yang telah makan masa bertahun lamanya. Lagi lama projek terbengkalai, lagi tinggi kosnya yang terpaksa ditanggung nanti.

CUCU MAHSURI
Kampung Air Hangat
Langkawi

LANGKAWI O' LANGKAWI

|
1. I used to sail in the Mediterranean sea and visited the islands there. They were all very bare. There were a few trees growing in between bare rocks.

2. Coming back I appreciated our green islands more. And the greenest of them all (to me at least) is Langkawi.

3. But I am afraid it is getting less and less green now.

4. We like to blame the developers for cutting down the tree. And I think they should be blamed. But in Langkawi we see people, mostly locals I think, who quietly burn down the undergrowth and sometimes the trees as well, so they can plant bananas and other fruit trees. They do this on the hillsides normally.

5. As a result when it rains, muddy water which used to be trapped and the flow slowed by the bushes now come down in torrents.

6. If the hillsides continue to be cleared, there will be landslides soon.

7. A Langkawi that is not green won't be much of an attraction, I think.

8. My blog seems to have some effect. The straightening and widening of the north south highway, as well as the cutting of trees have now stopped. All praise be to Allah. Thank you JKR.

9. I had lunch on the rocks at Tanjung Sanctuary. This is an old hotel but the new owner has completely refurbished. No trees were cutand you pass through a real forest to reach the chalets and the restaurant.

10. I was there when the hotel was started almost 20 years ago. This was my second visit and the ambience is fantastic. Very restful.

11. O Langkawi - may it always be green. In my years as Prime Minister nothing gave me so much pleasure as developing Langkawi. It still gives me the same pleasure. 



with best compliments from Tun M.....  God Bless U Tun!